TAHNIAH !! Anda antara 500 Ibu bapa, Penjaga, Guru & Murid-Murid PERTAMA "like" facebook.com/sksb.net sebagai media kecemerlangan. - LATIHAN RUMAH SUKAN Isnin - Rumah Merah, Selasa - Rumah Biru, Rabu - Rumah Hijau, Khamis - Rumah Kuning, Jumaat - Rumah Oren. Aktiviti dijalankan serentak bagi tahun 4, 5 & 6 (April ~ Jun 2012) * Tertakluk kepada pindaan pentadbir SK Subang Bestari.

Piagam

PIAGAM SEKOLAH

Bahawanya kami warga Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, berjanji sedaya upaya kami untuk memberi kan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

Murid:
• Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut masa yang diperuntukkan.
• Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil dan mesra.
• Memastikan semua murid mendapat skim perkhidmatan buku teks (SPBT) untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa sebelum sesi persekolahan berakhir.

Waris:
• Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
• Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih daripada 3 hari bekerja.
• Setiap usul/cadangan yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

Staf/kakitangan sokongan sekolah:
• Setiap staf/kakitangan sekolah menerima latihan dalaman perkhidmatan sekurang-kurangnya 42 jam atau 7 kali/sesi.
• Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf/kakitangan akan diambil tindakan segera, iaitu tidak lebih dari 3 hari bekerja.

Pihak Kementerian Pelajaran:
• Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/JPN Selangor/PPD Petaling Perdana akan diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.
• Setiap pegawai daripada Pihak Kementerian Pelajaran akan dilayan dengan cepat, adil dan mesra.

Sekiranya pihak pelanggan (murid, ibu bapa, penjaga, guru, kakitangan sekolah dan Pihak Kementerian Pelajaran masih tidak berpuas hati dan memerlukan perkhidmatan lanjut, sila hubungi.

Guru Besar

Habibah Bt. Mohamed Mohyudin
E: habibah@sksb.net
T: 03-78457401
F: 03-78591495

 

Update : 05 March 2012