Pengenalan & Sejarah

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang menjurus kepada kanak-kanak atau murid-murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak istimewa ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori bermasalah pembelajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti Terencat Akal Minima, Down Syndrome, Autisme, Slow Learner, Cerebral Palsy dan ADHD (Hyperactive).

Di Daerah Petaling Perdana sahaja terdapat sebanyak 23 buah sekolah rendah dan menengah untuk kanak-kanak istimewa termasuk dua sekolah pendidikan khas iaitu SK Pendidikan Khas Selangor dan SMK Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

* Berumur 6+ hingga 14+ tahun.
* Disahkan oleh pengamal perubatan.
* Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

SEJARAH PPKI SK SUBANG BESTARI

PPKI SK Subang Bestari telah ditubuhkan pada 01.06.2003

Sesi 2010
Bil murid  : 44 orang
Bil guru    : 13 orang termasuk seorang Penolong Kanan
Bil Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : 6 orang