TAHNIAH !! Anda antara 500 Ibu bapa, Penjaga, Guru & Murid-Murid PERTAMA "like" facebook.com/sksb.net sebagai media kecemerlangan. - LATIHAN RUMAH SUKAN Isnin - Rumah Merah, Selasa - Rumah Biru, Rabu - Rumah Hijau, Khamis - Rumah Kuning, Jumaat - Rumah Oren. Aktiviti dijalankan serentak bagi tahun 4, 5 & 6 (April ~ Jun 2012) * Tertakluk kepada pindaan pentadbir SK Subang Bestari.

Yang DiPertua

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Satu Malaysia

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam laman web sksb.net ini. Tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa, Ibu Bapa dan guru kerana berjaya mewujudkan laman web ini.

Ucapan terima kasih khusus kepada ibu bapa dan penjaga kerana sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang padu kepada PIBG dalam merencana dan melaksanakan setiap aktiviti dan program.

Saya menyeru kepada semua yang terlibat agar dapat memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam mencapai aspirasi sekolah melalui pendekatan harmoni dan berhemah.

Semoga dengan adanya laman web ini, ia merupakan titik tolak kepada para pelajar, guru dan ibu bapa merebut peluang menimba ilmu sebanyak mungkin demi kebahagiaan.

Sekian.

Hj. Khalid Bin Yusof
Yang DiPertua  PIBG