Penasihat
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita telah berjaya melantik AJK PIBG untuk sesi 2010/2011 yang bertindak sebagai penghubung antara ibu bapa/penjaga murid-murid SK Subang Bestari dengan pihak pentadbiran sekolah.
Persatuan ibubapa dan guru merupakan satu aspek penting di dalam pembangunan sesebuah sekolah. Ini kerana sesebuah sekolah tidak mungkin akan berdiri maju tanpa sokongan dan kerjasama dari pihak ibubapa / penjaga. Sekolah yang cemerlang dan bestari adalah sekolah yang mempunyai kerjasama yang erat dengan PIBG.
Selaku pentadbir sekolah, saya amat berharap agar pada tahun ini pihak pentadbiran sekolah serta PIBG dapat bersama-sama merancang dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid sekolah ini. Sokongan dan kerjasama dari PIBG amat saya alu-alukan dan didahului dengan terima kasih.
Sekian, wassalam.
En. Abd Aziz Bin Hj. Md Ali
Guru Besar
SK Subang Bestari.
H: 019-6111485, T: 03-78457401
F: 03-78591495, E: abdaziz@sksb.net








